Menu

Dec 5, 2010

Perbedaan DSLR Nikon D90, D3000 dan D5000




Ok, ada pembaca complaint tak kasi buat entri panjang-panjang. Kali ini saya akan cuba buat entri yang pendek, ya~ huhu~

Sebelum ini saya pernah menceritakan mengenai Wishlist saya untuk mendapatkan DSLR Nikon D90. Mesti korang pun dah sedia maklum yang Nikon D90 ini di antara DSLR yang mempunyai harga yang mahal. Jadi baru-baru ini, saya telah buat research semula, sama ada mahu meneruskan niat membeli D90 atau membeli DSLR yang lebih murah dari itu.

Disini saya ada menemui satu lagi DSLR yang sesuai untuk seseorang yang berada dalam tahap ‘Entry Level, iaitu Nikon D5000. Mungkin ada yang fikir, D5000 adalah sama atau kembar kepada D3000. Persamaannya, kedua-dua DSLR ini sama-sama termasuk dalam DSLR untuk ‘Entry Level’. Tetapi perbezaan yang ketaranya adalah D5000 lebih mirip dengan D90, manakala D3000 lebih mirip kepada D60. Ada juga yang mengatakan D5000 adalah DSLR ‘Entry Level‘ terbaik yang dikeluarkan oleh Nikon. Ini kerana terdapat beberapa fungsi D5000 yang sama dengan D90. Salah satu yang kita boleh lihat, D5000 mempunyai perakam video (D-Video) yang sama seperti D90. Walau bagaimana pun, D5000 tetap sama dengan DSLR Entry Level lain, dimana ia tidak mempunyai ‘build-in motor untuk membuat ‘Auto Focus‘.



Nikon D5000

LCD D5000 boleh dipusing 360 degree

Inilah yang membezakan DSLR tahap ‘Entry Level‘ dan ‘Beginner Level‘. Dimana DSLR ‘Beginner Level‘ seperti D90 mempunyai ‘build-in motor‘. Jadi bagi DSLR yang tiada ‘build-in motor’, kita perlu buat manual fokus untuk mengambil gambar. Tetapi kekurangan ini boleh di cover dengan memasang lens yang mempunyai build-in auto focus. Cuma harga lens yang ada ‘build-in auto fokus‘ nih, harga dia jauh lebih mahal dari lens Nikon yang biasa. Jadi sesiapa yang suka tukar-tukar lens untuk kegunaan fotografi yang lebih mantap, sudah tentu mereka akan memilih DSLR ‘Beginner Level’ seperti D90 untuk dimiliki. Sebab dengan adanya ‘build-in auto fokus‘ pada kamera itu, memudahkan mereka bertukar-tukar lens. Sama ada lens yang ada ‘build-in motor‘, atau lens yang tiada ‘build-in motor‘.
Nikon D90

Jadi, inilah serba sedikit perbezaan D5000 dan D90 yang dapat saya ceritakan. Untuk melihat perbezaan kedua-dua DSLR ini dengan lebih jelas, korang boleh lihat ‘Product Comparison D3000, D5000 & D90‘.
Ok. Sekarang nih, nak cerita pasal harga pula~
Formula harga asas yang ditemui (harga plus minus 20%). Ini dia termasuk dengan harga DSLR Canon sekali~
RM1500 – D40
RM1800 – E420
RM2200 – D60 / D3000/1000D / E520
RM2800 – 450D
RM3000 – D5000 / E620
RM3200 – 500D
RM4000 – D90
RM5000 – D300 / 50D / E30
Harga yang ditemui pada tahun 2009,
D3000- RM2000 (Lowyat)
D3000- RM 1950 (Forum Lowyat)
D5000 – RM2900
D5000- RM2850 (Forum Lowyat)

D90 – RM3899
D90 (body sahaja) – RM3100 (Plaza Pudu)
D90 – RM4000 (Forum Lowyat)

Harga Tahun 2010;
D3000- RM2099 (Wetex Parade, Muar) Update!
D3000 (body sahaja)- RM1699 (Wetex Parade, Muar) Update!
D3000- RM1988 Update!
D3000- RM2299 (Jasco Baru, Melaka) Update!
D5000- RM2999 (Wetex Parade, Muar) Update!
D5000 (body sahaja)- RM2699 (Wetex Parade, Muar) Update!
D5000- RM2788 Update!
D90- RM4299 (Wetex Parade, Muar) Update!
D90 (body sahaja)- RM3299 (Wetex Parade, Muar) Update!
D90- RM4088 Update!
D90- RM4399 (Jasco Baru, Melaka) Update!
Lain-lain;
500D- RM2900 Update!
500D- RM3399 (Jasco Baru, Melaka) Update!

450D- RM2199 Update!
450D- RM2499 (Jasco Baru, Melaka) Update!

1000D- RM1970 Update!
1000D- RM2199 (Jasco Baru, Melaka) Update!

Saya letak harga ni, supaya mudah saya nak budget harga dari masa ke semasa. Dan kemungkinan besar, saya akan beli DSLR D5000, bukan lagi D90. Harga DSLR ini akan saya update jika saya terjumpa harga baru. Korang yang baca entri saya nih, kalau tahu salah satu harga DSLR Nikon D90, D3000 & D5000 ini, korang bolehlah beritahu diruangan komen, ya… Kalau boleh, beritahu dimana tempat yang boleh dapat dengan harga yang korang beritahu tu. Nanti saya akan update harga di entri ini.

Sumber : http://www.nuristimewa.com/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner